Rabu, 28 November 2012

IKAN CENCARU SUMBAT

Bahan-bahannya:

Beberapa ekor ikan cencaru
1/2 kilo kelapa parut
4 ulas bawang putih
4 biji bawang besar
1 sudu besar gula pasir
sedikit air asam jawa
sedikit serbuk perasa
1/2 inci halia
4 batang serai
1 sudu kecil garam
4 biji cili merah


Cara Membuatnya:

Ikan cencaru dibelah  bahagian belakangnya. Bersihkan dan toskan.
Tumbuk bawang putih, bawang besar, halia, serai dan cili merah.
Campurkan bahan yang telah ditumbuk tadi dengan kelapa parut.
Masukkan juga air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa kemudian gaulkan hingga sebati.
Sumbatkan kedalam ikan cencaru yang sudah dibelah tadi dan bakar atau goreng hingga masak.


SELAMAT MENCUBA.

Sabtu, 17 November 2012

NASI KUNING TERENGGANU

 Bahan-bahannya:

Sedikit bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang

1 inci halia

2 labu bawang besar (dimayang )

2 helai daun pandan

4 cawan beras

Secubit garam

1 sudu kecil pewarna kuning

Sedikit minyak masak

4 cawan air


Cara Membuatnya:

Basuh beras dan toskan.

Panaskan minyak, tumis bunga cengkih kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, halia dan bawang besar yang  telah dimayang.

Biarkan kekuningan baru masukkan beras yang telah dibasuh tadi.

Masukkan air, daun pandan dan secubit garam serta pewarna kuning. Kacau sekejap, tutup dan biarkan nasi masak diatas api kecil.


Bahan-bahan untuk kuah gulainya:

1 1/2 kg ikan tongkol atau aya

1 bungkus rempah gulai nasi dagang

130 gm bawang merah

5 hiris lengkuas

4 hiris halia

4 ulas bawang putih

4 sudu besar cili boh

Sedikit gula melaka

Secubit garam

2 cawan santan

2 keping asam gelugur

Sedikit belacan

Sedikit cili kecil


Cara Membuatnya:

Ikan direbus dengan sedikit air yang dicampur dengan secubit garam dan asam gelugor.

Bawang merah, halia, bawang putih, dan belacan dikisar.

Panaskan minyak dan tumiskan lada boh hingga garing kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi serta lengkuas.

Kemudian masukkan rempah gulai nasi dagang yang telah dibancuh dengan sedikit air. Biarkan sekejap.

Setelah itu masukkan sedikit air rebusan ikan tadi dan santan. Biarkan mendidih baru masukkan ikan tongkol yang sudah direbus tadi. Kemudian masukkan gula melaka.

Apabila mendidih dan naik minyak bolehlah ditutup api lalu diangkat untuk dihidangkan dengan memasukkan beberapa biji cili kecil ke dalam gulai.

Gulai ini  sedap dimakan dengan nasi kuning.


SELAMAT MENCUBA.




KEROPOK LEKOR TERENGGANU


 Bahan-bahannya:

15 ekor ikan kembong (kalau nak guna ikan selayangpun boleh)

½ cawan tepung sagu

Sedikit garam

Cara Membuatnya:

Bersihkan ikan dibuang kulitnya dan ambil isinya. Isi ikan tadi diblend sehingga lumat atau hancur.

Kemudian, gaul isi ikan yang telah diblend itu dengan tepung sagu dan sedikit garam.

Uli  sehingga semua bahan tersebut sebati.

Selepas itu, ambil sedikit adunan tadi dan digentel secara memanjang.

Rebus air sehingga mendidih. Kemudian masukkan keropok yang telah digentel tadi kedalam air yang sedang mendidih.
 
Rebus sehingga keropok timbul menandakan bahawa ia telah masak dan bolehlah ditutup apinya.
Angkat keropok tadi dan toskan. Kemudian bolehlah dihidangkan.

Keropok lekor ni boleh dimakan terus ataupun digoreng dan dicicah dengan lada sos. Terpulang pada selera masing-masing.

Bahan-bahan untuk sos ladanya :

Sedikit lada giling
Sedikit gula melaka ( manisan )
Sedikit cuka
Sedikit gula
Sedikit garam
Sedikit air.

Cara Membuatnya: 

Campurkan semua bahan tadi dan dimasak diatas api yang kecil sehingga mendidih dan agak pekat.
Kemudian tutup api dan biarkan sejuk sebelum di hidangkan.

SELAMAT MENCUBA.

Khamis, 15 November 2012

SUP TULANG

Bahan-bahannya :

1 kg daging tulang

1 biji lobak merah

4 biji ubi kentang

2 biji bawang besar

6 ulas bawang putih

5 tangkai cili padi ( dimayang )

2 inci halia

100 gm daun sup dan daun bawang ( dimayang )

1 bunjut rempah sup tulang

Kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga

1 bungkus perencah sup

1/2 biji limau nipis

Sedikit garam dan gula

Sedikit bawang goreng untuk hiasan.


Cara Membuatnya:

Masukkan daging tulang dan air secukupnya kedalam periuk dan sedikit garam serta halia lalu direbus sehingga empuk dengan api yang kecil. ( ambil masa lebih kurang 4-5 jam jugalah)

Tumiskan bawang putih, bawang besar yang telah dimayang, bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Kemudian masukkan serbuk perencah sup.

Tumis agak garing kemudian masukkan kedalam periuk daging tulang yang telah empuk tadi yang masih diatas api. 

Masukkan rempah bunjut sup tulang, ubi kentang, lobak merah dan sedikit gula.

Rebus sehingga ubi kentang masak kemudian bolehlah diangkat dan diperahkan limau nipis serta dikacau sedikit. 

Masukkan sup tulang ke dalam mangkuk. Masukkan cili padi, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Setelah itu bolehlah dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA.



Rabu, 14 November 2012

BISKUT QUAKER OAT

Bahan-bahannya:

50 gm planta

50 gm gula halus

90 gm tepung kek

25 gm quaker oat

1 sudu kecil serbuk koko

1 biji telur

sedikit ceri merah

sedikit mangkuk kertas.


Cara Membuatnya:

Putar planta dengan gula hingga kembang.

Masukkan telur, tepung dan serbuk koko dan putar perlahan hingga sebati.

Bentukkan bulat-bulat dengan menggunakan tangan dan golekkan diatas quaker oat.

Masukkan kedalam mangkuk kertas dan aturkan ceri diatasnya kemudian bolehlah dibakar.


SELAMAT MENCUBA.

BISKUT JAKARTA

 Bahan-bahannya :

3 gelas gandum

1 gelas tepung kanji

8 sudu besar planta

1 sudu besar spry

1 gelas gula halus

2 biji merah telur

1 sudu kecil esen vanila


Bahan untuk intinya :

1 tin kelapa kering

3 sudu besar planta

3 sudu besar gula

1 biji merah telur


Cara Membuatnya :

Putar planta dengan gula hingga kembang.

Masukkan merah telur sebiji demi sebiji. Putar lagi hingga sebati.

Masukkan minyak spry dan esen vanila sambil diputar lagi.

Masukkan tepung kanji dan tepung gandum yang telah diayak bersama.

Apabila adunan sudah cukup lembut bolehlah dicanai dan diterap dengan acuan bentuk bunga.

Kemudian masukkan kedalam loyang bulat-bulat dan letak inti ditengahnya.

Cara membuat Intinya :

Telur merah, planta, gula dan kelapa kering dicampurkan dan digaul hingga rata.

SELAMAT MENCUBA.




KEK BATIK

Bahan-bahannya:

2 cawan Milo

1/2 cawan serbuk koko

1 paket biskut marie (dipatah-patahkan)

1 ketul butter 250g

2 biji telur

1 sudu besar esen vanilla
 
1/2 tin susu pekat manis (kalau tak suka manis boleh kurang sukatannya)


Cara Membuatnya:

Masukkan butter ke dalam periuk dan cairkan diatas api yang kecil.

Kemudian masukkan milo, susu, serbuk koko dan telur. Kacau laju-laju supaya tidak berketul.

 Masukkan biskut marie, kacau hingga rata dan tutup api.

Jangan kacau lama sangat atas api, nanti jadi lembik.

Masukkan adunan tadi kedalam loyang dan tekan permukaan kek batik guna sudu supaya mampatkan kek.

Setelah siap masukkan kedalam peti selama 2 atau 3 jam dan keluarkan untuk dipotong serta dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA.