Khamis, 8 November 2012

KEK LAPIS MASAM MANIS

 Bahan-bahannya :

10 biji telur
360 gm gula halus
450 gm mentega
160 gm tepung biskut
1 sudu kecil barking powder
1 sudu kecil esen vanilla
½ tin susu pekat
Pewarna merah dan hijau
10 atau 15 bungkus asam manis (gambir)

Cara Membuatnya :

  • Putar putih telur hingga kembang kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan putarl lagi. Setelah kembang ketepikan dulu.
  • Putar mentega hingga kembang dan masukkan kuning telur satu persatu. Kemudian masukkan susu, baking pawder, esen vanilla dan putar lagi. 
  • Masukkan tepung biskut dan putar perlahan-lahan kemudian masukkan putih telur yang telah diputar tadi. 
  • Apabila adunan telah sebati dan rata, bahagikan kepada 3 bahagian. Warnakan dengan  pewarna merah satu bahagian dan pewarna hijau satu bahagian. Satu lagi adalah warna asal yang tidak dicampur pewarna. 
  • Alaskan Loyang dan panaskan dengan api bawah. Letakkan 3 atau 4 sudu besar lapisan pertama dengan warna asal (kuning susu). 
  • Kemudian aturkan asam manis diatasnya, dan barulah dibakar selama 5 minit. Setelah itu diangkat dan letakkan adunan yang berwarna merah atau hijau untuk lapis kedua serta aturkan asam manis diatasnya dan bakar lagi selama 5 minit. 
  • Ulangi cara diatas sehingga lapisan terakhir. Untuk lapisan terakhir tidak perlu diletakkan asam manis diatasnya. Lapisan terakhir hendaklah dibakar lama sedikit.
  • Kemudian dicucuk dengan garfu untuk memastikan kek sudah masak. Jika tidak melekat pada garfu itu maknanya kek telah masak. Setelah masak biarkan sehingga Loyang sejuk barulah boleh dipotong dan dihidangkan.



SELAMAT MENCUBA RESEPI ISTIMEWA SAYA.