Khamis, 1 November 2012

RESIPI BUAT POPIA NESTUM


Salam semua,
Hari ini Kak Dar nak kongsi resepi yang baru Kak Dar buat baru baru ini.

ANTARA BAHAN-BAHANNYA IALAH :


  • 1 bungkus kulit popia (50 helai).
  • 1 pek kecil Nestum Original
  • 250g gula pasir
  • Air masak untuk melekatkan kulit popia
  • Minyak untuk menggoreng
  • Lidi satay untuk mengulung. 
  •  

CARA MEMBUAT:

    Kulit popia digunting menjadi empat segi kecil. Sekeping kulit popia   besar dipotong empat segi kecil menjadi 9 keping segi empat kecil. Kemudian digulung dengan lidi satay.
  •  Kemudian goreng dengan minyak sehingga berwarna kekuningan. Angkat dan toskan sebentar.
  • Blendar nestum dengan gula. 
  • Kemudian gaulkan kulit popia yang telah digoreng tadi dengan nestum yang telah diblendar.
  • Maka siaplah kuih popia Nestum Kak Dar.
Selamat mencuba...
Kita jumpa lagi. Terima kasih.