Khamis, 15 November 2012

SUP TULANG

Bahan-bahannya :

1 kg daging tulang

1 biji lobak merah

4 biji ubi kentang

2 biji bawang besar

6 ulas bawang putih

5 tangkai cili padi ( dimayang )

2 inci halia

100 gm daun sup dan daun bawang ( dimayang )

1 bunjut rempah sup tulang

Kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga

1 bungkus perencah sup

1/2 biji limau nipis

Sedikit garam dan gula

Sedikit bawang goreng untuk hiasan.


Cara Membuatnya:

Masukkan daging tulang dan air secukupnya kedalam periuk dan sedikit garam serta halia lalu direbus sehingga empuk dengan api yang kecil. ( ambil masa lebih kurang 4-5 jam jugalah)

Tumiskan bawang putih, bawang besar yang telah dimayang, bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Kemudian masukkan serbuk perencah sup.

Tumis agak garing kemudian masukkan kedalam periuk daging tulang yang telah empuk tadi yang masih diatas api. 

Masukkan rempah bunjut sup tulang, ubi kentang, lobak merah dan sedikit gula.

Rebus sehingga ubi kentang masak kemudian bolehlah diangkat dan diperahkan limau nipis serta dikacau sedikit. 

Masukkan sup tulang ke dalam mangkuk. Masukkan cili padi, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Setelah itu bolehlah dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA.