Khamis, 8 November 2012

KEK PELANGI

 Bahan-bahannya:

10 Biji Telur

1 ½ cawan gula

2 ½ Cawan Tepung Gandum

1 ½ Sudu Kecil Barking Powder

1 Sudu Kecil Esen Vanila

1 ½ Cawan Mentega

3 Sudu Besar Susu Manis

2 Jenis Pewarna iaitu Hijau Dan Merah


Cara Membuatnya :

  • Putih telur diputar hingga kembang. Kemudian baru masukkan gula sedikit demi sedikit dan kuning telur.
  • Putar mentega dan susu hingga putih dalam bekas lain.
  • Tepung dan serbuk penaik diayak bersama.
  • Campurkan adunan 1 dan 2 kemudian putar perlahan hingga sebati. Kemudian masukkan esen vanilla dan putar lagi
  • Setelah itu asingkan kepada 3 bekas iaitu 1 bekas untuk dicampur dengan pewarna merah dan 1 bekas diwarna hijau manakala satu lagi warna asal iaitu warna kuning susu.
  •  Masukkan adunan kedalam loyang berselang-seli warnanya.
  •  Akhir sekali bolehlah dibakar kedalam ketuhar.





SELAMAT MENCUBA.