Rabu, 28 November 2012

IKAN CENCARU SUMBAT

Bahan-bahannya:

Beberapa ekor ikan cencaru
1/2 kilo kelapa parut
4 ulas bawang putih
4 biji bawang besar
1 sudu besar gula pasir
sedikit air asam jawa
sedikit serbuk perasa
1/2 inci halia
4 batang serai
1 sudu kecil garam
4 biji cili merah


Cara Membuatnya:

Ikan cencaru dibelah  bahagian belakangnya. Bersihkan dan toskan.
Tumbuk bawang putih, bawang besar, halia, serai dan cili merah.
Campurkan bahan yang telah ditumbuk tadi dengan kelapa parut.
Masukkan juga air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa kemudian gaulkan hingga sebati.
Sumbatkan kedalam ikan cencaru yang sudah dibelah tadi dan bakar atau goreng hingga masak.


SELAMAT MENCUBA.

Sabtu, 17 November 2012

NASI KUNING TERENGGANU

 Bahan-bahannya:

Sedikit bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang

1 inci halia

2 labu bawang besar (dimayang )

2 helai daun pandan

4 cawan beras

Secubit garam

1 sudu kecil pewarna kuning

Sedikit minyak masak

4 cawan air


Cara Membuatnya:

Basuh beras dan toskan.

Panaskan minyak, tumis bunga cengkih kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, halia dan bawang besar yang  telah dimayang.

Biarkan kekuningan baru masukkan beras yang telah dibasuh tadi.

Masukkan air, daun pandan dan secubit garam serta pewarna kuning. Kacau sekejap, tutup dan biarkan nasi masak diatas api kecil.


Bahan-bahan untuk kuah gulainya:

1 1/2 kg ikan tongkol atau aya

1 bungkus rempah gulai nasi dagang

130 gm bawang merah

5 hiris lengkuas

4 hiris halia

4 ulas bawang putih

4 sudu besar cili boh

Sedikit gula melaka

Secubit garam

2 cawan santan

2 keping asam gelugur

Sedikit belacan

Sedikit cili kecil


Cara Membuatnya:

Ikan direbus dengan sedikit air yang dicampur dengan secubit garam dan asam gelugor.

Bawang merah, halia, bawang putih, dan belacan dikisar.

Panaskan minyak dan tumiskan lada boh hingga garing kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi serta lengkuas.

Kemudian masukkan rempah gulai nasi dagang yang telah dibancuh dengan sedikit air. Biarkan sekejap.

Setelah itu masukkan sedikit air rebusan ikan tadi dan santan. Biarkan mendidih baru masukkan ikan tongkol yang sudah direbus tadi. Kemudian masukkan gula melaka.

Apabila mendidih dan naik minyak bolehlah ditutup api lalu diangkat untuk dihidangkan dengan memasukkan beberapa biji cili kecil ke dalam gulai.

Gulai ini  sedap dimakan dengan nasi kuning.


SELAMAT MENCUBA.




KEROPOK LEKOR TERENGGANU


 Bahan-bahannya:

15 ekor ikan kembong (kalau nak guna ikan selayangpun boleh)

½ cawan tepung sagu

Sedikit garam

Cara Membuatnya:

Bersihkan ikan dibuang kulitnya dan ambil isinya. Isi ikan tadi diblend sehingga lumat atau hancur.

Kemudian, gaul isi ikan yang telah diblend itu dengan tepung sagu dan sedikit garam.

Uli  sehingga semua bahan tersebut sebati.

Selepas itu, ambil sedikit adunan tadi dan digentel secara memanjang.

Rebus air sehingga mendidih. Kemudian masukkan keropok yang telah digentel tadi kedalam air yang sedang mendidih.
 
Rebus sehingga keropok timbul menandakan bahawa ia telah masak dan bolehlah ditutup apinya.
Angkat keropok tadi dan toskan. Kemudian bolehlah dihidangkan.

Keropok lekor ni boleh dimakan terus ataupun digoreng dan dicicah dengan lada sos. Terpulang pada selera masing-masing.

Bahan-bahan untuk sos ladanya :

Sedikit lada giling
Sedikit gula melaka ( manisan )
Sedikit cuka
Sedikit gula
Sedikit garam
Sedikit air.

Cara Membuatnya: 

Campurkan semua bahan tadi dan dimasak diatas api yang kecil sehingga mendidih dan agak pekat.
Kemudian tutup api dan biarkan sejuk sebelum di hidangkan.

SELAMAT MENCUBA.

Khamis, 15 November 2012

SUP TULANG

Bahan-bahannya :

1 kg daging tulang

1 biji lobak merah

4 biji ubi kentang

2 biji bawang besar

6 ulas bawang putih

5 tangkai cili padi ( dimayang )

2 inci halia

100 gm daun sup dan daun bawang ( dimayang )

1 bunjut rempah sup tulang

Kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga

1 bungkus perencah sup

1/2 biji limau nipis

Sedikit garam dan gula

Sedikit bawang goreng untuk hiasan.


Cara Membuatnya:

Masukkan daging tulang dan air secukupnya kedalam periuk dan sedikit garam serta halia lalu direbus sehingga empuk dengan api yang kecil. ( ambil masa lebih kurang 4-5 jam jugalah)

Tumiskan bawang putih, bawang besar yang telah dimayang, bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Kemudian masukkan serbuk perencah sup.

Tumis agak garing kemudian masukkan kedalam periuk daging tulang yang telah empuk tadi yang masih diatas api. 

Masukkan rempah bunjut sup tulang, ubi kentang, lobak merah dan sedikit gula.

Rebus sehingga ubi kentang masak kemudian bolehlah diangkat dan diperahkan limau nipis serta dikacau sedikit. 

Masukkan sup tulang ke dalam mangkuk. Masukkan cili padi, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Setelah itu bolehlah dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA.



Rabu, 14 November 2012

BISKUT QUAKER OAT

Bahan-bahannya:

50 gm planta

50 gm gula halus

90 gm tepung kek

25 gm quaker oat

1 sudu kecil serbuk koko

1 biji telur

sedikit ceri merah

sedikit mangkuk kertas.


Cara Membuatnya:

Putar planta dengan gula hingga kembang.

Masukkan telur, tepung dan serbuk koko dan putar perlahan hingga sebati.

Bentukkan bulat-bulat dengan menggunakan tangan dan golekkan diatas quaker oat.

Masukkan kedalam mangkuk kertas dan aturkan ceri diatasnya kemudian bolehlah dibakar.


SELAMAT MENCUBA.

BISKUT JAKARTA

 Bahan-bahannya :

3 gelas gandum

1 gelas tepung kanji

8 sudu besar planta

1 sudu besar spry

1 gelas gula halus

2 biji merah telur

1 sudu kecil esen vanila


Bahan untuk intinya :

1 tin kelapa kering

3 sudu besar planta

3 sudu besar gula

1 biji merah telur


Cara Membuatnya :

Putar planta dengan gula hingga kembang.

Masukkan merah telur sebiji demi sebiji. Putar lagi hingga sebati.

Masukkan minyak spry dan esen vanila sambil diputar lagi.

Masukkan tepung kanji dan tepung gandum yang telah diayak bersama.

Apabila adunan sudah cukup lembut bolehlah dicanai dan diterap dengan acuan bentuk bunga.

Kemudian masukkan kedalam loyang bulat-bulat dan letak inti ditengahnya.

Cara membuat Intinya :

Telur merah, planta, gula dan kelapa kering dicampurkan dan digaul hingga rata.

SELAMAT MENCUBA.




KEK BATIK

Bahan-bahannya:

2 cawan Milo

1/2 cawan serbuk koko

1 paket biskut marie (dipatah-patahkan)

1 ketul butter 250g

2 biji telur

1 sudu besar esen vanilla
 
1/2 tin susu pekat manis (kalau tak suka manis boleh kurang sukatannya)


Cara Membuatnya:

Masukkan butter ke dalam periuk dan cairkan diatas api yang kecil.

Kemudian masukkan milo, susu, serbuk koko dan telur. Kacau laju-laju supaya tidak berketul.

 Masukkan biskut marie, kacau hingga rata dan tutup api.

Jangan kacau lama sangat atas api, nanti jadi lembik.

Masukkan adunan tadi kedalam loyang dan tekan permukaan kek batik guna sudu supaya mampatkan kek.

Setelah siap masukkan kedalam peti selama 2 atau 3 jam dan keluarkan untuk dipotong serta dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA.


APAM KUKUS ANEKA WARNA


Bahan-bahannya:

2 cawan tepung beras

1 cawan gula

1 1/4 cawan air

1 sudu kecil yis

1 peket kecil eno

pewarna merah, hijau dan kuning

1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam


Cara Membuatnya:

Larutkan gula pasir dan sejukkan. Kemudian bancuh tepung dan yis. Kacau lagi hingga sebati.

Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih kurang 3 atau 4 jam.

Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau hingga sebati. (warnakan merah, hijau dan kuning) dan biar sebentar.

Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.

Setelah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit gram tadi.

SELAMAT MENCUBA.

Selasa, 13 November 2012

MEE GORENG HAILAM

Bahan- bahannya:

1 bungkus mee kuning (dicuci, celur sekejap dan toskan)

10 ekor udang saiz besar (asingkan kulit dan isi, kulitnya dicuci bersih dan direbus 15 minit. Toskan untuk ambil air rebusannya )


6 ulas bawang putih ( dicincang halus )

1 keping fishcake  ( dihiris )
4 batang crabstick ( dikerat kecil )
4 biji putik jagung, ( dihiris serong )
 1 biji tomato (dihiris kecil)
1/2 batang lobak merah (dihiris serong )
1/4 green capsicum ( dipotong serong)
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil kicap pekat
Beberapa titik minyak bijan
Sedikit tepung jagung ( dibancuh dengan 1/4 cawan air )
Air secukupnya

Untuk hiasannya:


Daun bawang ( dimayang )
Sedikit bawang goreng
Cili hijau dan merah ( dimayang )


Cara Membuatnya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum. Masuk sos tiram, sos lada hitam dan kicap pekat. Kacau rata dan masukkan air serta air rebusan kulit udang tadi dan biar mendidih. 
  2. Kemudian masukkan lobak merah, putik jagung dan fish cake. Biarkan sekejap hingga lobak lembut.
  3. Masukkan isi udang, beberapa titik minyak bijan, green capsicum dan garam secukup rasa. 
  4. Bila mendidih, perlahankan api dam masukkan bancuhan tepung jagung pula.  
  5. Akhir sekali masukkan crabstick dan tomato, masak sekejap dan masukkan mee. Gaul dan matikan api. 
  6. Hidang dan taburkan hirisan daun sup, bawang goreng, hirisan cili hijau dan merah diatas mee.
SELAMAT MENCUBA.

NASI MINYAK, AYAM MERAH DAN ACAR

Bahan-bahannya:
  • 3 cawan beras
  • 3 cawan air (mengikut jenis beras ye... kalau perlu lebih, lebihkan..)
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang
  • 2 inci kayu manis, 4 biji pelaga, 4 kuntum bunga cengkih dan 1 kuntum bunga lawang
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 ketul kiub ayam
  • daun pandan simpul
  • pewarna merah dan hijau
  • garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
  • Cuci beras dan toskan.
  • Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumiskan bawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan goreng hingga naik bau. Masukkan daun pandan, kiub ayam dan air mengikut sukatan beras. Biarkan mendidih.
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Alihkan ke dalam rice cooker dan tekan button 'start'.
  • Setelah nasi masak baru tuangkan sedikit pewarna merah dan hijau diatasnya biarkan seketika dan gaul atau balik-balikan sedikit.
  •  Sementara itu sediakan Ayam masak merah dan juga acar timun campur carrot.



AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam (size kecil) - potong kecil
  • garam dan serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar - mayang
  • *6 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • * 2 tangkai cili merah
  • 1 btg serai - diketuk
  • 2 inci kayu manis, 1 kuntum bunga lawang dan buah pelaga
  • 2 sudu besar cili boh - ikut kepedasan masing-masing
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar tomato puri
  • Air, garam dan gula

Cara Membuatnya:
  • Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak dan ketepikan.
  • Kisar bahan yang bertanda *. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar tadi. Masukkan rempah tumis, serai dan cili boh. Tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan tomato puri, sos cili dan sedikit air.
  • Masukkan gula dan garam kemudian barulah dimasukkan ayam. Gaul hingga rata. Biarkan sebentar kemudian matikan api.
  • Jika suka boleh tambahkan hirisan tomato dan daun ketumbar.


ACAR TIMUN CAMPUR CARROT

Bahan-bahannya:

  • 1 biji timun sederhana besar
  • 1/2 batang carrot
  • 1 biji lada merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • Garam dan gula
  • sedikit cuka makan
Cara Membuatnya:
  • Hiris timun dan carrot. Potong lada menyerong, mayang bawang besar dan halia.
  • Masukkan dalam mangkuk kesemua bahan tadi gaulkan dengan garam, gula dan cuka. Kemudian bolehlah dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA.

KUIH BUAH MELAKA


 Bahan-bahannya :

  • 2 cawan tepung pulut
  • Sedikit jus daun pandan (3 helai campur air 1/2 cawan kisar dan tapis)
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1/4 biji kelapa parut yang putih, digaul dengan sedikit garam
  • Air secukupnya
  • 1/2 keping gula melaka dihiris kecil-kecil

Cara Membuatnya:


Gaul tepung dengan air pandan dan masukkan garam sedikit. Kemudian diuli hingga tidak melekit dan campurkan dengan pewarna hijau sedikit.


Bentukkan bulat tepung pulut tadi dan masukkan gula melaka yang telah dihiris kecil-kecil ditengahnya dan bulatkan balik.


Panaskan air  sehingga mendidih. Selepas mendidih masukkan buah melaka dan biarkan sehingga timbul.

Angkat  dan ditoskan sekejap lalu digaulkan kedalam kepala parut yang telah dicampur dengan sedikit garam.  Biarkan sejuk dan bolehlah dihidangkan.



SELAMAT MENCUBA.

SPAGHETTI BOLOGNESE


Bahan-bahannya:

1 bungkus spaghetti 

4 ulas bawang putih (dikisar)

1 labu bawang besar (dikisar)

1 bungkus daging cincang

1 tin cendawan butang (dihiris)

1 botol sos spaghetti (apa-apa brandlah)

5 sudu besar minyak masak

1 sudu kecil gula

sedikit garam


Cara Membuatnya:

Didihkan seperiuk air, masukkan sedikit garam dan sesudu besar minyak masak. 

Kemudian masukkan spaghetti dan rebus sehingga lembut tapi jangan sampai terlalu lembik. 

Setelah lembut, toskan airnya dan bilas dengan air paip. Ketepikan dulu.

Panaskan periuk dengan minyak masak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar tadi hingga naik bau.

Setelah itu masukkan daging cincang, masak hingga empuk. 

Kemudian masukkan sos spaghetti, garam dan gula serta cendawan butang dan airnya sekali. 

Biarkan ia mendidih sebentar dan bolehlah diangkat untuk dihidangkan. 

Cara menghidangnya dengan meletakkan spaghetti di dalam pinggan dan tuangkan sos spaghetti di atasnya.

SELAMAT MENCUBA RESEPI KEGEMARAN SAYA INI.

KUIH KERIA

Bahan-bahannya:

1/2 kilo ubi keledek yang telah dibuang kulit dan direbus.

300 gm tepung gandum

100 gm gula kastor

Garam secukup rasa

200 liter air


Cara Membuatnya:

Apabila keledek telah empuk, lenyek dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

Masukkan garam dan gaulkan kesemuanya hingga menjadi satu adunan.

Kemudian bentukkan adunan menjadi bulat. Buatkan lubang ditengahnya dan digoreng.

Masuk gula dengan air dalam periuk dan dimasak dengan api kecil sehingga menjadi pekat.

Masukkan pula adunan ubi yang telah digoreng tadi dalam periuk dan kacau  bersama air gula.

Pastikan gula melekat di sekeliling adunan kemudian diangkat dan bolehlah dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA.

WAFFLE

Bahan-bahannya:

2 biji telur

3/4 cawan susu segar

2 susu besar minyak sayur

1 cawan tepung gandum

1 1/2 sudu kecil baking powder

1 1/2 susu kecil gula

1/2 sudu kecil garam

1 sidi kecil esen vanila

Cara Membuatnya :

Panaskan elektrik waffle maker.

Pukul telur sehingga berbuih sedikit. Campurkan susu dan kesemua bahan-bahan lain lalu digaul sehingga sebati.

Tuangkan ke dalam waffle make dan tutup sehingga masak.

Kemudian bolehlah dihidangkan dengan topping seperti madu, maple syrup, ice-cream atau jem dan sebagainya.


SELAMAT MENCUBA RESEPI MUDAH INI.

Isnin, 12 November 2012

BISKUT CORNFLAKES

Bahan-bahannya:

6 sudu besar mentega

3 sudu besar gula halus

7 sudu besar tepung gandum yang telah digoreng

1 biji telur

1 sudu kecil esen vanila

1 kotak kecil Cornflakes

Sedikit mangkut kertas yang kecil


Cara membuatnya:

Putar mentega dengan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan esen vanila, putar lagi hingga adunan sebati.

Cornflakes diramas hingga hancur dan masukkan kedalam adunan. Dan digaul hingga rata.

Kemudian dicampur pula dengan tepung gandum yang telah digoreng tadi. Gaul adunan hingga rata.

Setalah itu bolehlah dimasukankan kedalam mangkuk kertas serta dibakar dan dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA.


BISKUT DAM

Bahan-bahannya:

4 sudu tepung gandum

4 sudu susu tepung

1 1/2 cawan tepung gandum

1 biji kuning telur

1/2 cawan gula castor

1/2 cawan mentega

1/2 sudu teh baking powder

1/2 sudu esen vanila

seddikit serbuk koko


Cara Membuatnya:

Putar mentega dengan gula castor hingga kembang.

Masukkan kuning telur serta esen vanila sambil diputar lagi hingga adunan  sebati.

Ayakkan tepung gandum, baking powder dan susu tepung kedalam satu bekas.

Kemudian masukkan tepung gandum dan bahan yang diayak tadi kedalam adunan lalu digaul hingga sebati.

Bahagikan menjadi 2 adunan. 1 adunan digaul dengan serbuk koko.

Canaikan adunan setebal 1 cm dan potong memanjang. Kemudian aturkan seperti dam dan dipotong.

Setelah itu bolehlah dibakar.

SELAMAT MENCUBA.

BISKUT BUNGA DAHLIA

 
Bahan-bahannya:
 
3 biji merah telur
 
2 biji putih telur
 
250 gm tepung gandum
 
350 gm mentega
 
250 gm tepung jagung
 
sedikit susu pekat manis
 
450 gm gula halus
 
sedikit esen vanila
 
sedikit baking powder
 
sedikit ceri merah atau hijau
 
 
Cara Membuatnya:
 
Gaul tepung jagung dan tepung gandum. Putar merah telur dan gula halus sampai kembang.
 
Putar mentega hingga berkrim kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah digaul tadi.
 
Masukkan baking powder, esen vanila dan telur yang diputar tadi.
 
Setelah itu diulu adunan tadi sehingga lembut.
 
Gunakan acuan semperit dan teraplah diatas loyang. 
 
Letakkan ceri berwarna merah diatasnya dan bolehlah dibakar.
 
SELAMAT MENCUBA.

Ahad, 11 November 2012

KUIH BELIMBING (TEREMBAS)

Bahan-bahannya:

1 gelas majerin

5 gelas tepung gandum

4 gelas air

9 biji telur

minyak masak secukupnya


  • 1 gelas gula dan 1 gelas air dimasak untuk mencelup kuih belimbing yang telah digoreng nanti.


Cara Membuatnya:
  • Majerin dimasak hingga cair diatas api yang perlahan. Setelah itu masukkan air dan biarkan air tadi mendidih.
  • Setelah air mendidih masukkan tepung dan kacau hingga rata. Kemudian angkat dan kacau lagi.
  • Apabila adunan agak sejuk sedikit  barulah masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diuli dengan tangan sehingga sebati.
  • Panaskan minyak yang banyak dan apabila panas terapkan dengan acuan sawa seperti bentuk belimbing. Guntingkan sepanjang 2 inci kedalam minyak.
  • Goreng sehingga kuning kemudian angkat dan toskan sekejap. Setelah itu barulah dicelup kedalam air gula dan bolehlah dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA RESEPI INI.

Jumaat, 9 November 2012

PUDING LAICI BERAIR


Bahan-bahannya:

  • 1 tin buah laici
  • 1 liter air
  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 1 sb gula pasir
  • 1/2 cawan susu cair

Bahan untuk kuahnya:

·         1 cawan air
·         1 cawan air laici
·         1/4 cawan gula


Cara Membuatnya:

  1. Panaskan air bersama serbuk agar-agar.
  2. Setelah mendidih masukkan gula kacau hingga  sebati kemudian masukkan susu cair dan sedikit air laici.
  3. Setelah sebati tutupkan api dan masukkan ke dalam bekas.  Biarkan sekejap. Setelah sejuk masukkan kedalam peti ais.
  4. Sementara itu masak secawan air dengan gula sehingga larut diatas api kecil. Kemudian masukan air laici. Setelah mendidih angkat dan sejukkan.
  5. Apabila agar tadi sudah beku, keluarkan dari peti ais. Taburkan buah laici diatasnya dan tuang air laici yang telah disejukkan tadi.
  6. Setelah itu bolehlah dihidangkan.




SELAMAT MENCUBA!

Khamis, 8 November 2012

KEK CAWAN STRAWBERI

Bahan-bahannya :


250 gm mentega

160 gm gula

5 biji telur

224 gm tepung gamdum

28 gm tepung jagung

1 sudu kecil susu segar

½ botol jem strewberi

10 biji ceri merah

½ sudu kecil serbuk penaik


Untuk Hiasan:

½ botol jem strewberi

2 sudu besar air

Manik hiasan

Cawan kertas


Cara Membuatnya:

Potong ceri kecil-kecil. 

Putar mentega dengan gula. Masukkan telur dan susu segar. Putar lagi hingga kembang.Campurkan tepung gandum dan tepung jagung, kemudian masukkan ke dalam adunan tadi dan putar lagi.

Panaskan ketuhar.

Setelah itu masukkan adunan tadi kedalam cawan kertas 3/4 penuh. Masukkan 1 sudu jem didalamnya kemudian letakkan ceri diatasnya Siap semuanya bolehlah dibakar selama 25 minit atau sehingga masak.

Untuk Menghiasnya:

Cairkan jem strewberi dengan 2 sudu besar air didalam periuk diatas api perlahan sehingga mendidih. Setelah itu gunakan berus dan sapu diatas kek cawan tadi, barulah ditaburkan dengan manik hiasan diatasnya.


SELAMAT MENCUBA.


KEK LAPIS MASAM MANIS

 Bahan-bahannya :

10 biji telur
360 gm gula halus
450 gm mentega
160 gm tepung biskut
1 sudu kecil barking powder
1 sudu kecil esen vanilla
½ tin susu pekat
Pewarna merah dan hijau
10 atau 15 bungkus asam manis (gambir)

Cara Membuatnya :

  • Putar putih telur hingga kembang kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan putarl lagi. Setelah kembang ketepikan dulu.
  • Putar mentega hingga kembang dan masukkan kuning telur satu persatu. Kemudian masukkan susu, baking pawder, esen vanilla dan putar lagi. 
  • Masukkan tepung biskut dan putar perlahan-lahan kemudian masukkan putih telur yang telah diputar tadi. 
  • Apabila adunan telah sebati dan rata, bahagikan kepada 3 bahagian. Warnakan dengan  pewarna merah satu bahagian dan pewarna hijau satu bahagian. Satu lagi adalah warna asal yang tidak dicampur pewarna. 
  • Alaskan Loyang dan panaskan dengan api bawah. Letakkan 3 atau 4 sudu besar lapisan pertama dengan warna asal (kuning susu). 
  • Kemudian aturkan asam manis diatasnya, dan barulah dibakar selama 5 minit. Setelah itu diangkat dan letakkan adunan yang berwarna merah atau hijau untuk lapis kedua serta aturkan asam manis diatasnya dan bakar lagi selama 5 minit. 
  • Ulangi cara diatas sehingga lapisan terakhir. Untuk lapisan terakhir tidak perlu diletakkan asam manis diatasnya. Lapisan terakhir hendaklah dibakar lama sedikit.
  • Kemudian dicucuk dengan garfu untuk memastikan kek sudah masak. Jika tidak melekat pada garfu itu maknanya kek telah masak. Setelah masak biarkan sehingga Loyang sejuk barulah boleh dipotong dan dihidangkan.



SELAMAT MENCUBA RESEPI ISTIMEWA SAYA.